Posts

Showing posts from August, 2021

Kes Faraid (Harta Pusaka)

Image
Di Malaysia, apabila seseorang yang beragama Islam meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat, warisnya perlu memohon Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah. Sijil Faraid merupakan perintah mahkamah yang menyatakan cara pembahagian harta pusaka si mati menurut hukum Islam. Lazimnya, bahagian harta yang diberikan kepada anak lelaki adalah lebih daripada anak perempuan. Misalnya anak lelaki 2/3 dan anak perempuan 1/3. Harta pusaka (Faraid) terbahagi kepada dua: a) Harta tak alih seperti tanah dan rumah b) Harta alih adalah seperti wang simpanan bank, saham, KWSP, Tabung Haji, Insuran, kenderaan, barang-barang kemas dan sepertinya. Oleh itu, waris yang memohon Sijil Faraid perlu mengumpulkan senarai lengkap segala aset dan liabiliti si mati.  Permohonan untuk mendapatkan Sijil Faraid biasanya mengambil masa keseluruhan 3 bulan.   Contoh Sijil Faraid Ben 017-6232 998 wasap.my/60176232998

Had Masa (Limitation Period)

Image
Dalam kata lain, expiry date..samalah macam makanan..roti pun ada expiry date.. Kalau seseorang mengambil tindakan terhadap anda atau anda ingin mengambil tindakan terhadap seseorang, perlu diketahui sama ada tindakan itu dihadkan oleh masa. Dah expired ke? Boleh take action lagi ke sekarang? ๐Ÿคจ 1) Lazimnya, tindakan yang berasaskan kontrak atau tort tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh 6 tahun dari tarikh kausa tindakan itu terakru. Maksudnya kalau nak take action, jangan tunggu lama-lama. Hanya boleh take action dalam masa 6 tahun dari tarikh berlakunya pelanggaran kontrak atau kesalahan sivil itu berlaku. Tort: kesalahan yang mana pihak yang terjejas boleh menuntut ganti rugi     2) Kalau dah dapat keputusan/penghakiman dari mahkamah, ada masa 12 tahun untuk menguatkuasakan penghakiman tersebut.     3) Menurut Seksyen 33(1) Akta Had Masa 1953, had masa tersebut tidak terpakai bagi apa-apa prosiding oleh Kerajaan untuk mendapatkan apa-apa cukai, duti...

Duti Setem / Stamp Duty Pindah Milik Hartanah (Memorandum of Transfer - MOT)

Image
Duti Setem dikenakan ke atas surat cara dan bukan transaksi. Surat cara: Setiap dokumen bertulis. Lazimnya duti setem dikenakan ke atas surat cara jenis undang-undang, komersial dan urusan kewangan. 1) Berapakah kadar duti setem yang dikenakan untuk surat cara Pindah Milik Hartanah / Memorandum of Transfer (MOT)? ๐Ÿ ๐Ÿก 2) Namun, terdapat Pengecualian/Diskaun bagi pindah milik secara kasih sayang berikut: (a) Suami isteri: Pengecualian penuh 100% ๐Ÿ‘ซ (b) Ibu/bapa dan anak: Diskaun 50% ๐Ÿ‘ช 3) Sekiranya anda membeli rumah pertama anda, terdapat Pengecualian/Diskaun berikut juga. Walau bagaimanapun, diskaun duti setem untuk rumah pertama bergantung pada polisi kerajaan dari semasa ke semasa. Ben 017-6232 998 wasap.my/60176232998

CAN YOU SUE SHOPEE AND LAZADA?

Image
CAN YOU SUE SHOPEE / LAZADA if you found that there are sellers selling your products at lower price? Short answer is No. Case reference: AM BEAUTY WELLNESS v SHOPEE MOBILE MALAYSIA (BERNIAGA SEBAGAI SHOPEE MALAYSIA) Facts: AM discovered that there were many listings of AM's products in Shopee platform, without the knowledge/consent of AM. The products were bearing AM's registered trademark and selling at a cheaper price in Shopee platform. AM owned the exclusive marketing right to the product vide membership plan. AM then lodged a complaint to Shopee in its website. However, Shopee declined to disclose the details of its sellers who were selling the products similar to AM's products. AM applied for an injunction to stop Shopee to prevent the sale of products and to remove all listings of products bearing the AM brand. The court dismissed AM's application for injunction. 1) Based on the Shopee's nature of business, Shopee was not the seller. Shopee was merely provid...