Had Masa (Limitation Period)
Dalam kata lain, expiry date..samalah macam makanan..roti pun ada expiry date.. Kalau seseorang mengambil tindakan terhadap anda atau anda ingin mengambil tindakan terhadap seseorang, perlu diketahui sama ada tindakan itu dihadkan oleh masa. Dah expired ke? Boleh take action lagi ke sekarang? 🤨
1) Lazimnya, tindakan yang berasaskan kontrak atau tort tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh 6 tahun dari tarikh kausa tindakan itu terakru. Maksudnya kalau nak take action, jangan tunggu lama-lama. Hanya boleh take action dalam masa 6 tahun dari tarikh berlakunya pelanggaran kontrak atau kesalahan sivil itu berlaku.
Tort: kesalahan yang mana pihak yang terjejas boleh menuntut ganti rugi
2) Kalau dah dapat keputusan/penghakiman dari mahkamah, ada masa 12 tahun untuk menguatkuasakan penghakiman tersebut.
3) Menurut Seksyen 33(1) Akta Had Masa 1953, had masa tersebut tidak terpakai bagi apa-apa prosiding oleh Kerajaan untuk mendapatkan apa-apa cukai, duti atau bunga. Jadi, jangan terkejut kalau baru-baru ni anda menerima surat dari kerajaan mengejar cukai tertunggak anda sejak 20 tahun lalu.
Contoh surat dari kerajaan kejar cukai tertunggak berpuluh-puluh tahun dulu...
Namun, sesetengah kes mungkin mempunyai had masa yang berbeza, bergantung pada situasinya.

Comments
Post a Comment